News

CAMPUS TECH TALK TUNE@UNITEN

Aug 09, 2024
7 OGOS 2024 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah meneruskan lagi aktiviti Campus Tech Talk bagi tahun 2024. Sesi kali ini telah diadakan secara hybrid. Seramai 130 orang pelajar hadir yang terdiri daripada alumni dan pelajar-pelajar College of Computing and Informatic (CCI) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Program ini juga dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Jaspaljeet Singh, Dekan College of Computing & Informatic (CCI).

YBrs. Ts. Zaharuddin Ahmad Darus, Ketua Risikan Siber, Cybersecurity Malaysia turut dijemput bagi sesi perkongsian ilmu dan pengalaman serta tips kerjaya kepada para pelajar.

Aktiviti kali ini melibatkan taklimat daripada wakil MBOT dan pendaftaran alumni-alumni UNITEN sebagai Teknologis Berijazah termasuk pembukaan akaun pendaftaran MBOT kepada pelajar-pelajar.