News

CAMPUS TECH TALK TUNE@UMK

Oct 06, 2024

8 OKTOBER 2024 - MBOT Student Chapter dengan bangganya meneruskan siri Campus Tech Talk pada 6 Oktober 2024 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli, yang menarik kehadiran 160 pelajar, khususnya dalam kalangan pelajar Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi. 

Melalui sesi ini, para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bagaimana pengiktirafan daripada badan profesional seperti MBOT mampu meningkatkan peluang kerjaya serta pengiktirafan industri.

Sesi turut dimeriahkan dengan kehadiran Ts. Ahmad Zhafri bin Samsudin, Technical Sales Engineer dari Baelocher (M) Sdn Bhd, yang berkongsi ilmu dan pengalaman berharga mengenai laluan kerjaya dalam bidang teknologi.