Feb 22, 2024
21 FEBRUARI 2024 - Inisiatif MBOT Student Chapter Talent Upskilling and Networking for Employment (TUNE) diteruskan lagi pada tahun 2024 dan akan lebih menumpukan kepada institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pada hari ini, wakil Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) iaitu Encik Akhmal 'Nulhakim bin Hassan, Penolong Pendaftar MBOT telah hadir ke Kolej Vokasional Port Dickson, Negeri Sembilan bagi memberi pendedahan mengenai pengiktirafan profesional dan kebolehpasaran dalam industri. Manakala YBrs. Ts. Siti Syahirah Bt Ibrahim, Jurutera Kanan Sistem, Infopro Sdn Bhd diundang sebagai penceramah untuk berkongsi mengenai teknologi Kecerdasan Buatan.
Seramai 150 orang pelajar hadir terdiri daripada founding members TUNE@KVPD.