News

CAMPUS TECH TALK TUNE@KOLEJ VOKASIONAL ARAU

Jul 15, 2024
15 JULAI 2024 - Program Campus Tech Talk TUNE MBOT meneruskan jelajah ke utara semenanjung Malaysia iaitu di Kolej Vokasional Arau (SMV ARAU), Perlis. Seramai 100 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini yang terdiri daripada pelajar jurusan teknologi. Puan Zaidah Binti Yusoof, Ketua Jaminan Kualiti, Kolej Vokasional Arau turut hadir mewakili pengurusan Kolej.

YBrs. Tc. Narzrezal Abdul Razak, Penerima Anugerah Juruteknik Negara 2023 turut hadir sebagai penceramah dengan topik 'Reverse Engineering and Additive Manufacturing'. Beliau yang telah berkecimpung dalam bidang mekanikal selama 20 tahun turut berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sepanjang berkhidmat.