Dec 05, 2023
5 DISEMBER 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan sesi Campus Tech Talk di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. Program ini dihadiri oleh seramai 100 pelajar yang merupakan
founding member TUNE@UTM. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan bimbingan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang teknikal.
Sesi tersebut dipimpin oleh YBrs. Ts. Mohd Noor Asyraf bin Amiruddin, Perunding Utama dari Tradeen Consult. Beliau telah berkongsi mengenai pengalaman berharga dalam bidang yang diceburi di samping memberikan panduan kepada para pelajar yang berminat untuk menceburi bidang teknikal.
Program ini mencerminkan usaha berterusan MBOT dalam memperkasa generasi muda dengan ilmu pengetahuan yang relevan, menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran dan membina kerjaya yang cemerlang dalam sektor teknologi dan teknikal.