Feb 28, 2025
28 FEBRUARI 2025 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) terus komited dalam memupuk minat pelajar terhadap bidang teknologi melalui program
Campus Tech Talk. Program ini berlangsung dengan jayanya di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan dan dihadiri oleh 95 pelajar. Pihak kolej diwakili oleh Ketua Jaminan Kualiti, Puan Azlina binti Mohd Nor.
MBOT merakamkan penghargaan kepada pihak kolej atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan, Ts. Syahrul Hafidz bin Suid dari Interstream Sdn. Bhd., yang sudi berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para pelajar mengenai hala tuju serta peluang kerjaya dalam bidang teknologi.
Dengan inisiatif seperti ini, MBOT terus memperkukuh peranan dalam membentuk generasi profesional teknologi yang berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran industri masa depan.