Mar 03, 2024
2 - 3 MAC 2024 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) memulakan inisiatif pengaktifan Technology dan Technical Working Group (TTWG) pada tahun ini dengan pelaksanaan Bengkel TTWG bertempat di Ibis Hotel, Kuala Lumpur.
Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan untuk membantu Lembaga membangunkan garis panduan berkaitan perkhidmatan teknologi dan teknikal dalam bidang-bidang teknologi yang diiktiraf MBOT. Selain itu, bengkel ini juga akan membincangkan perkara berkaitan penggunaan cop rasmi Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.).
Bengkel ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Md Fauzi Md Ismail, Pendaftar MBOT dan seterusnya sesi perkongsian berkaitan New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030) oleh wakil dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), YM. Dr Tengku Zahaslan bin Tuan Hashim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri MITI. YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Presiden MBOT turut hadir berkongsi mengenai perkembangan terkini dan perancangan MBOT untuk tahun 2024.
Bengkel ini dihadiri lebih daripada 100 orang ahli TTWG yang terdiri daripada agensi kerajaan, industri dan akademia dalam 24 bidang teknologi dan teknikal MBOT.