Feb 25, 2023
25 FEBRUARI 2023 - Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah mengadakan Bengkel Kumpulan Kerja Teknologi dan Teknikal (TTWG) tertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Bengkel ini telah menghimpunkan lebih daripada 80 orang panel dalam kalangan teknologis dan juruteknik dalam 24 bidang yang diiktiraf oleh MBOT.
TTWG berperanan untuk menasihati, memberikan input dan pandangan berkaitan bidang teknologi dan teknikal MBOT bagi memastikan MBOT sentiasa relevan serta selari dengan perkembangan terkini dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah badan profesional.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan input dan pandangan daripada ahli TTWG berkenaan amalan-amalan teknologis profesional dalam bidang-bidang teknologi yang diiktiraf MBOT. Selain itu, bengkel ini juga membincangkan perkara berkaitan keperluan untuk menambahbaik Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768).