News

LAWATAN KERJA RASMI YB TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KE PEJABAT MBOT

Jan 08, 2024
8 JANUARI 2024 - Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Bin Apdal telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di Putrajaya pada 8 Januari 2024.

Lawatan kerja ini merupakan lawatan pertama YB Dato' Haji Mohammad Yusof sebagai YBTM MOSTI yang bertujuan untuk memahami peranan dan fungsi jabatan, agensi, GLC, CLG dan yayasan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Dalam perjumpaan tersebut, Presiden MBOT, YBhg. Prof. Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, telah berkongsi mengenai fungsi dan peranan MBOT serta perkembangan terkini tentang pencapaian semasa dan inisiatif-inisiatif MBOT bagi tahun 2024. Pertemuan ini juga menjadi medium untuk menekankan beberapa isu utama MBOT seperti penguatkuasaan akta dalam memperkasa pengiktirafan teknologis dan juruteknik dan isu penerimaan graduan TVET dalam sektor awam.

Turut hadir ialah Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), pegawai-pegawai kanan MOSTI, Anggota Lembaga MBOT dan pengurusan tertinggi MBOT.